Tuesday 12 July 2011

PEMBENTUKAN IKATAN = PERKAHWINAN Vs. ELEKTROLISIS = PENCERAIAN

hahaha.. tentu semua rasa lawak kan dengan tajuk di atas...
tapi itulah yang boleh dikaitkan untuk mudah memahami topik tingkatan 4 bagi bab 5 dan bab 6...

Pembentukan ikatan = ikatan ion = 
PERKAHWINAN

gambar hiasan Perkahwinan yang dibina memalui ikatan

Ikatan ion ialah ikatan yang terbentuk melalui pemindahan elektron melalui pendermaan dan penerimaan elektron daripada atom logam kepada atom bukan logam.

 ATOM LOGAM = PEREMPUAN
atom logam = menderma elektron = membentuk ion positif = untuk mencapai susunan oktet yang stabil

atom logam = perempuan = menyerahkan jiwa dan raga kepada suami = menjadi isteri = untuk mencapai kestabilan dalam hidup

ATOM BUKAN LOGAM = LELAKI
atom bukan logam  = menerima elektron = membentuk ion negatif = untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.

atom bukan logam = lelaki = menerima isteri = menjadi suami = untuk mencapai kestabilan dalam hidup

Elektrolisi =PENCERAIAN

 gambar hiasan : penceraian

Elektrolisi ialah proses penguraian sebatian kimia kepada juzuk - juzuknya dengan menggunakan arus elektrik.

ion positif = isteri (perempuan)

ion negatif =suami (lelaki)

dalam kes penceraian akan berlaku di mahkamah dimana setiap individu diwakili oleh peguam.. Jadi sama juga dengan elektrolisis yang berlaku di  dua terminal iaitu :

katod (terminal negatif) = menyahcas ion positif

anod (terminal positif ) = menyah cas ion negatif

jadi...

katod (terminal negatif) = peguam isteri (perempuan)

anod (terminal positif) = peguam suami (lelaki)


apa yang terjadi semasa perbicaraan = sel elektrolisis......

di katod (terminal negatif ) = ion positif akan menerima elektron = membentuk atom

peguam perempuan = menuntut hak isteri dengan memohon menerima harta sepencarian

di anod (terminal positif ) = ion negatif akan memlepaskan elektron = membentuk atom

peguam suami = membela suami tentang memberi hak harta sepencarian

inilah yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita...
di harap perumpamaan ini dapat memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep pembentukan ikatan dan elektrolisis....:)

video di bawah menunjukkan idea ikatan kimia:
sumber video you tube : klik to you tube page

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...